Monday, November 14, 2011
Menjaga kulit secara saintifik
Ia merupakan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan molekul unik yang diilhamkan daripada keupayaan dunia botani dalam memulihkan diri.
"Sains penjagaan kulit baru dan bervisi yang digelar 'masa depan dunia kecantikan' oleh Presiden Lancome Worldwide, Youcef Nabi merupakan hasil kajian dan percubaan selama 12 tahun.
''Hasilnya merupakan satu molekul pelbagai fungsi, berkod LR 2412, yang kini dilindungi 17 paten," ujar Pengurus Jenama Lancome di Malaysia, Kelly Tan.
Selepas kejayaan global yang dikecapi Génifique Youth Activator yang dilancarkan pada 2009, Lancome memperkenalkan produk baru ini untuk memulihkan dan menghasilkan kulit yang cantik bagi wanita.
Hasilnya, pori-pori menjadi lebih kecil, warna kulit lebih sekata, garis halus, kedutan serta parut akan berkurang, dan kulit lebih lembap.
Kulit wanita lebih berseri, anjal dan mulus dalam masa hanya empat hingga enam minggu.
"Wanita pada masa kini lebih dinamik, lebih menarik, dan keadaan kulit mereka haruslah melambangkan ciri-ciri mereka ini tanpa mengira usia.
''Oleh itu, wanita kini bukan sahaja ingin menghapuskan garis halus, malah turut mencari pelbagai penyelesaian lain bagi mencapai kecantikan kulit yang terbaik, dan mereka menginginkan hasil yang jelas berkesan," ujar Kelly.
Botani
Dalam pada itu, Pengurus Latihan Lancome, Joselyn Lee menambah, penghasilan produk ini bukan sahaja berasaskan bahan semula jadi, malah direka untuk 'meniru' proses pemulihan botani.
"Apabila tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan, ia menghasilkan "molekul petanda" yang digelar asid jasmonik. Ini mengaktifkan proses pemulihan tisu rosak, dan turut menjadikannya lebih kuat.
''Molekul bervisi LR 2412 bertindak seperti "molekul petanda" bagi memulakan proses berangkai pada kesemua lapisan kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan menguatkan tisu kulit," jelas Lee.
Ciri unik molekul ini terletak pada keupayaannya menyerap dalam setiap strata kulit bermula daripada permukaan kulit sehinggalah ke epidermis dan kemudiannya dermis.
Selain itu, kunci pada kebolehan penyerapan merupakan tarikannya kepada struktur air dan cecair dalam kulit.
Molekul ini dilihat empat kali ganda lebih mesra bio berbanding molekul retinol, yang merupakan ramuan lazim dalam banyak produk penjagaan kulit anti-penuaan pada hari ini.
"Kami juga telah melakukan kajian produk ini ke atas kulit-kulit yang berbeza yang terdiri daripada wanita golongan Hispanik, Kaukasia, Asia dan Afro-Amerika selama empat hingga enam minggu. ''Walaupun setiap etnik menunjukkan jenis kulit berbeza, kesan penggunaan menunjukkan kesan yang baik seperti berkurangnya pori-pori, parut dan cela untuk semua jenis kulit," jelas Joselyn.
Antara rangkaian produk yang paling popular
Seperti produk-produk lain, serum menjadi pilihan utama pengguna kerana serum bervisi [R 2412 4 peratus] mampu menyerap kulit sebaik sahaja terkena pada kulit.
Tambah Joselyn, penggunaan serum kulit adalah sebahagian daripada lapisan penjagaan kulit selain penjagaan kulit yang biasa seperti memakai pelembap dan perlindungan sinar matahari.
Produk ini telah pun berada di pasaran dan selamat digunakan pada kesemua jenis kulit, termasuklah kulit sensitif serta bahagian mata, pagi dan malam.
Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Wednesday, October 19, 2011
Menorrhagia jejas kualiti hidup
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto AMIN FARIJ HASSAN
MUNGKIN ramai yang tidak biasa mendengar perkataan menorrhagia. Namun ia bukan sesuatu yang asing.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Haw Wan Lye berkata, hampir tiga puluh peratus atau tiga daripada 10 wanita mengalami haid yang berlebihan atau menorrhagia dari tempoh mereka baligh sehingga menopaus.
"Namun mereka mungkin malu untuk berbicara mengenainya dan ramai yang tidak faham bahawa menorrhagia sebenarnya satu masalah yang boleh dirawat.
"Kebanyakan mereka hanya membiarkan sahaja walaupun menyedari ia sebenarnya sangat mengganggu aktiviti harian, sosial dan kekeluargaan," kata beliau.
Sebarang keganjilan pada rahim boleh menyebabkan berlaku menorrhagia.
Mereka yang mengalami masalah ini akan mendapat simptom seperti sakit ketika haid, rasa pening disebabkan anemia, sesak nafas dan sakit kepala.
"Bayangkan jika anda perlu berdepan dengan masalah ini setiap kali haid, pasti ia mengganggu aktiviti dan mood seharian bukan?" katanya.
Jelas beliau, haid luar biasa dengan kuantiti yang berlebihan untuk tempoh yang lama boleh dikelaskan sebagai menorrhagia. Atau andai anda mengalami haid melebihi tujuh hari atau ia terlalu banyak sehingga memaksa anda menukar lampin wanita setiap satu atau dua jam, itu menandakan anda sedang mengalami masalah menorrhagia.
"Sebenarnya untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami menorrhagia tidak sukar. Namun kadangkala ia agak subjektif kerana dari segi pertukaran lampin wanita, ada sesetengahnya kerap menukar kerana berasa tidak selesa," kata beliau.
Bagaimanapun kata kata Dr. Haw, seseorang itu mungkin tidak sedar mereka mengalami menorrhagia kerana menganggap pendarahan mereka normal kerana ia berlaku setiap bulan tanpa berbincang dengan orang lain.
Tambah Dr. Haw lagi, masalah itu bukan sekadar melibatkan keadaan fizikal sahaja malah 60 peratus wanita yang mengalaminya terpaksa melupakan aktiviti sosial dan bersukan, 80 peratus terganggu aktiviti seksual manakala 33 peratus lagi menjejaskan urusan di tempat kerja.
Dari segi emosi pula, 77 peratus mengalami kemurungan dan moody, 75 peratus rasa berdebar-debar dan 57 peratus lagi hilang keyakinan diri.
Punca & rawatan
Masalah haid berlebihan sering berlaku kepada wanita pada peringkat berbeza dalam kehidupan mereka, kata Dr. Haw.
Biasanya ia berlaku kepada wanita berusia 30 hingga 45 tahun yang melakukan perancangan keluarga melalui kaedah mengikat salur falopian, sedang mengambil hormon atau berhenti pengambilan hormon serta wanita yang menghampiri menopaus.
Dr Haw berkata, terdapat pelbagai punca yang sering dikaitkan dengan menorrhagia.
"Ia mungkin disebabkan hormon tiriod yang tidak aktif, fibroid, polip atau kanser di dalam rahim. Namun seandainya tiada masalah yang disebutkan tadi, maka ia baru dipanggil menorrhagia," kata beliau.
Pakar kata beliau akan melakukan ujian bagi mengenal pasti andai mengalami masalah tersebut melalui beberapa siri ujian seperti anemia dan pap smear bagi mengenal pasti masalah berkaitan kanser rahim.
Selain itu, imbasan pada rahim untuk melihat sebarang keganjilan juga dilakukan bagi mengenalpasti jika terdapat masalah fibroid atau polip.
Jika tiada masalah tadi (disebut pendarahan rahim disfungsi- DUB), maka doktor akan menyarankan rawatan menorrhagia berdasarkan kepada tiga kategori.
"Biasanya ia dirawat melalui simptom terlebih dahulu misalnya, mereka yang hanya berasa sakit akan diberi ubat tahan sakit, manakala seandainya mengalami anemia akan diberi zat besi," kata beliau.
Pilihan rawatan lain adalah dengan pengambilan sejenis ubat bagi mengurangkan haid seperti ponstan dan transexamic acid dengan keberkesanan sehingga 66 peratus.
Jika cara di atas tidak membantu, pesakit akan disarankan menggunakan alat dalam rahim (IUD) seperti yang digunakan sebagai kaedah rancang kehamilan. Alat tersebut menurut doktor boleh bertahan selama lima tahun di dalam rahim.
Selain itu pil yang mengandungi hormon boleh membantu dan pengambilan perlu dilakukan selama tiga hingga enam bulan.
Mengikut prosedur lama, seandainya kesemua
Sekiranya kesemua cara di atas tidak berkesan, doktor akan menyarankan tiga kaedah bagi memusnahkan lapisan selaput dalam rahim melalui beberapa cara iaitu belon haba (75 peratus keberkesanan), gelombang mikro (80 peratus dan Novasure (95 peratus keberkesanan).
Rawat menorrhagia dengan Novasure
Digunakan lebih 10 tahun di Amerika Syarikat sebagai penyelesaian berkesan bagi mengatasi menorrhagia. Produk ini baru memasuki pasaran Malaysia lebih setahun yang lalu.
"Kaedah ini hanya melibatkan pembedahan invasif minimum yang tidak memerlukan pesakit bermalam di hospital," kata Dr. Haw.
Namun pesakit tetap akan diberi bius setempat atau keseluruhan bergantung kepada keadaan dan satu rod yang mengandungi tenaga radiofrekuensi dimasukkan melalui rahim. Menurut beliau, ia hanya mengambil masa lebih kurang 90 saat dan pesakit boleh pulang ke rumah selepas rawatan dijalankan.
Pesakit katanya tidak akan merasa sakit dan haid yang dialami berkurangan atau terhenti terus.
Mungkin ramai yang risau kerana bimbang mengalami menopaus apabila haid terhenti namun kata Dr. Haw, ia tidak berlaku.
"Perlu diingat bahawa hanya haid yang tidak datang tetapi pengeluaran hormon dan penghasilan telur pada ovari tetap berjalan seperti biasa. Jadi, proses menopaus tidak berlaku selagi ia belum sampai masanya," katanya.
Menurut beliau, rasa sakit yang berlaku ketika haid adalah disebabkan pengeluaran sejenis hormon dari badan akibat pendarahan iaitu prostagladin. Sekiranya pendarahan itu dihentikan, maka rasa sakit juga akan hilang.
Melalui kaedah Novasure jelas beliau lagi, kadar keberkesanan sangat tinggi iaitu sehingga 95 peratus dan sehingga kini, ia telah membantu lebih setuju wanita menangani masalah menorrhagia.
Menurutnya, kaedah itu kurang berisiko kecederaan ketika pembedahan dan pesakit pastinya tidak memerlukan histerektomi.
Namun katanya kaedah ini hanya sesuai bagi mereka yang merancang untuk tidak memiliki anak lagi dan tidak sesuai buat wanita yang tidak berkahwin.
Seandainya rawatan Novasure masih tidak berkesan, langkah terakhir iaitu histerektomi terpaksa juga dijalankan.
Monday, October 17, 2011
Mengurus Asma
INFO.
- ACT ialah alat yang berharga bagi doktor kerana membolehkan mereka mempercepat masa runding dengan pesakit.
- ACT mudah digunakan bagi melatih kakitangan dan membantu menetapkan penarafan dan menylaraskan pangkalan data asma pesakit.
- ACT mudah digunakan dan memperkasakan pesakit menjaga kesihatan diri.
- Maklum balas positif diterima daripada pesakit melibatkan pendekat yang digunakan ACT
Monday, September 26, 2011
Kayap melibatkan urat saraf
Gambar SAFIYANA SALIM
Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama dua atau tiga hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan.
Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.
Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom penyakit kayap.
Menurut Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris, jika terdapat simptom tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera.
"Serangan kayap ini sangat sakit kerana ia melibatkan urat saraf selain membahayakan kesihatan,'' ujarnya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.
Katanya lagi, keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti mata.
Ular dalam tubuh
"Sebab itu, bagi pesakit yang terkena kayap di bahagian mata, kita akan rujuk kepada pakar mata untuk memastikan tidak ada perkara-perkara serius yang berlaku kepada pesakit tersebut. Kayap boleh membuatkan seseorang itu buta jika tidak dirawat," katanya.
Menurut Dr. Mohd. Noh, serangan kayap biasanya dikesan melalui kesan tompokan kemerah-merahan pada kulit dan menggelembung serta berisi air.
Bagaimanapun terdapat juga yang mengandungi nanah serta menyebabkan kulit menjadi hitam-kehitaman serta menjalar berselerak ke bahagian badan yang tertentu.
Menurutnya, pesakit yang mendapat kayap akan mengadu sakit yang mencucuk-cucuk atau kebas di atas lingkaran tersebut.
Malah pesakit juga boleh merasai mereka seperti diserang sakit jantung jika lingkaran itu merebak.
Beliau memberitahu, gelembung-gelembung berair juga akan timbul di atas lingkaran tadi.
Dalam tempoh seminggu gelembung itu akan pecah dan kering lalu mengeruping.
Terang beliau lagi, kayap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster dan bertindak menyerang seseorang yang mempunyai daya ketahanan badan yang lemah.
"Kebiasaannya golongan warga emas menjadi sasaran utama penyakit ini kerana golongan ini lazimnya mempunyai sistem imuniti yang agak lemah.
"Bagaimanapun terdapat juga golongan kanak-kanak yang dijangkiti kayap biarpun peratusannya terlalu rendah iaitu sekitar lima peratus,'' ujarnya .
Katanya lagi, serangan kayap biasanya berlaku pada bahagian pinggang ke atas bagaimanapun ia kadangkala juga berlaku pada bahagian sulit.
Malah kajian membuktikan sebanyak 55 peratus kejadian kayap berlaku di bahagian pinggang ke atas, manakala 20 peratus di bahagian muka serta 15 peratus berlaku di bahagian bawah pusat ke bawah manakala lima peratus berlaku di bahagian sulit dan punggung.
Ditanya mengenai rawatan, beliau memberitahu, pesakit yang datang bertemu akan diberikan ubat mematikan kuman serta ubat tahan sakit.
"Biasanya ubat anti virus perlu dimakan selama tujuh hari bagi memastikan kuman tersebut betul-betul hilang ,'ujarnya yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang perubatan kulit.
Tegasnya lagi, sekiranya pesakit dalam keadaan yang kritikal ia akan diberikan suntikan, bagaimanapun, yang penting ialah diagnosis penyakit harus dipastikan terlebih dahulu.
Rawatan segera sangat diperlukan bagi mengurangkan kesan buruk kayap khususnya yang terkena pada mata dan mengurangkan kesan sakit.
Ditanya mengenai kepercayaan bahawa penyakit ini disebabkan oleh ular dalam tubuh pesakit, beliau menjelaskan adalah tidak benar, begitu juga kepercayaan kononnya bila lingkaran bertaut pesakit akan mati.
"Semua itu adalah karut, hakikatnya keadaan itu berlaku kerana ia berpunca daripada urat saraf yang terdapat di badan pesakit tersebut," katanya.
Tuesday, September 20, 2011
Sekat gejala hidu ubat kebas
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 Sept. – Kegiatan menghidu bahan kimia untuk tujuan khayal dikesan tidak lagi terhad kepada gam bahkan ada kalangan remaja menyalahgunakan ubat kebas dikenali sebagai ‘ethylchloride’ yang biasa digunakan oleh para atlet.
Difahamkan, terdapat pelajar sekolah termasuk perempuan di sekitar Lembah Klang kini beralih menggunakan semburan ‘ethylchloride’ ini untuk khayal dan berseronok.
Kegiatan ini membimbangkan kerana pengambilan bahan kimia jenis semburan yang biasa digunakan sebagai ubat bius itu boleh menjejaskan kesihatan sesiapa yang menghidunya.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, kes menghidu ‘ethylchloride’ untuk khayal bukan perkara baru sebaliknya pernah dilaporkan berlaku di kalangan remaja Singapura sejak 2007.
Bagaimanapun, kata beliau, di negara ini, kegiatan menghidu ‘ethylchloride’ tidak pernah dikesan kerana mungkin menghidu gam lebih popular.
“Jika benar dakwaan ada remaja Malaysia kini menjadi penagih ‘ethylchloride’, ia amat membimbangkan dan wajar dibendung segera.
“Ini kerana ‘ethylchloride’ adalah ubat kebas bagi menghilangkan kesakitan yang hanya digunakan secara luaran dan amat berbahaya jika dihidu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mazlan, ubat semburan ini jika dihidu boleh mengkhayalkan tetapi ia akan meninggalkan kesan sampingan dan boleh memudaratkan kesihatan setelah meresap ke dalam paru-paru serta darah.
Beliau berkata, di negara ini, penjualan ‘ethylchloride’ hanya dibenarkan di farmasi tetapi orang ramai yang ingin membelinya tidak memerlukan surat preskripsi daripada doktor.
Katanya, mungkin disebabkan kelonggaran ini, maka ia disalahgunakan oleh remaja untuk mengkhayalkan diri bagi mendapatkan keseronokan.
“Penyalahgunaan ‘ethylchloride’ sama seperti kegiatan menyalahgunakan dadah jenis ketamin yang digunakan untuk pembedahan di India.
“Walaupun belum ada lagi mangsa dilaporkan mati akibat menghidu ‘ethylchloride’ setakat ini tetapi tindakan segera patut diambil untuk membendung gejala ini daripada berleluasa,” ujarnya.
..
...
Monday, September 19, 2011
Aprikot bantu cegah penyakit
bintu.rahman@utusan.com.my
Merujuk kepada data, kanser merupakan antara penyebab utama kematian di seluruh dunia dengan jumlah 7.6 juta pada tahun 2008. Di Malaysia sahaja, dianggarkan 40,000 kes kanser dikesan setiap tahun dengan satu daripada empat rakyat menghidapinya.
Pakar pemakanan dan juga perubatan dari seluruh dunia mengakui, faktor makanan merupakan punca utama terjadinya kanser. Menurut mereka, hampir 90 peratus makanan yang diambil setiap hari dikenalpasti sebagai asid dan mengandungi bahan penambah seperti pewarna, perasa dan unsur kimia yang menyumbang kepada kanser.
Akibatnya, diet harian kita kekurangan khasiat dan nutrisi daya tahan tubuh badan seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B7, B12 dan B17. Kekurangan bahan ini melemahkan daya tahan penyakit lalu mengundang masalah kronik seperti kanser, penyakit jantung, kencing manis dan lain-lain penyakit yang membunuh secara perlahan.
Pada 1952, seorang saintis Bio Kimia, Dr. Ernes T Krebs mendakwa, penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan.
Sekumpulan para pengkaji mendapati, haiwan liar yang hidup dalam hutan yang dikelilingi persekitaran tumbuh-tumbuhan kaya dengan kompaun vitamin B17 tidak akan dijumpai mati akibat kanser. Sebaliknya haiwan yang dipelihara dalam zoo mati walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi vitamin tersebut.
Daripada penyelidikan, puak Hunza yang tinggal di pergunungan Pakistan didapati hidup melebihi usia 120 tahun. Makanan utama mereka adalah biji-bijian aprikot yang kaya dengan vitamin B17. Kesihatan mereka berada pada tahap maksimum dan mereka tidak pernah tahu mengenai penyakit yang membunuh itu.
Pakar perubatan berpengalaman, Prof Dr. Sayed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain. Menurutnya, ia dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertemu dengan sel kanser, enzim betaglucosidase yang hanya terdapat dalam sel kanser akan menghuraikan elemen vitamin B17 seterusnya membunuh sel kanser.
Vitamin B17 yang berlebihan juga akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan untuk kesihatan sel-sel dan membantu mengurangkan keasidan serta toksin dalam darah.
Dengan itu, ia membantu meningkatkan keseimbangan pH dalam tubuh serta memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung serta diabetis.
“Vitamin B17 yang terdapat dalam aprikot bukan sahaja diperkatakan di Malaysia, malah manfaatnya diakui seluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan klinikal,” katanya.
Namun katanya, biji aprikot yang diambil dan dimakan begitu sahaja berbahaya kerana ia terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantaran. Ia juga boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan kepada tubuh badan.
l Makanan dan agen penyumbang kanser:
Berbentuk berasid: daging, telur, ayam, nasi, mee, mihun, makaroni, spageti, ubi kentang, gula, kek, coklat, susu, yogurt, mentega, aiskrim, keju, kopi, teh.
l Mengandungi penambah: perisa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, pemanis buatan, penaik, yis dan garam.
l Kurang zat: makanan segera, makanan dalam tin, makanan ringan dan minuman berkarbonat.
l Gaya hidup: tekanan, pencemaran alam sekitar, tidak aktif, merokok, seks bebas dan pengambilan alkohol.
Fakta Apricon Farmas Health:
l Mengandungi 100 peratus biji aprikot yang kaya dengan vitamin B17.
l Membantu mengurangkan keasidan dan toksin dalam darah.
l Membantu meningkatkan keseimbangan pH.
l Membantu memperlahankan penyebaran kanser.
Monday, August 1, 2011
Diet ketika berpuasa
adawiyah.koh@utusan.com.my
SYURGA makanan’. Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba bulan Ramadan. Bukan sahaja bagi umat Islam, bahkan kaum lain di negara ini terutama dengan adanya bazar Ramadan.
Selagi tidak penuh makanan di pinggan, seperti tidak lengkap menu berbuka puasa. Golongan wanita pula tidak perlu penat memasak. Semuanya seperti sudah tersedia dengan pelbagai juadah yang ada di bazar Ramadan. Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman boleh dibeli untuk hidangan keluarga. Ada yang bertanya, “cukup tak makanan kita hari ni?”. Ada pula yang berkata, “tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk.”
Selain keletihan, yang mana lebih kerap berlaku kepada anda? Adakah berat badan berkurang atau makin bertambah menjelang Aidilfitri? Perkara ini biasa berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadan. Ramai yang membeli makanan tidak menilai keperluan makanan tetapi lebih kepada selera.
Hakikatnya, ketibaan Ramadan bukan saja memberi peluang kepada kita mempertingkatkan amalan kerohanian malah amat berfaedah untuk kesihatan.
“Puasa dapat membantu individu untuk mengawal pemakanannya. Ia dapat membantu dalam pengawalan berat badan di samping melatih individu untuk lebih berdisiplin pada makanan. Pemilihan makanan semasa bersahur dan berbuka penting kerana ia akan memberikan kesan terhadap peningkatan atau penurunan berat badan. Pengambilan makanan yang manis, berlemak atau bergoreng boleh menyebabkan peningkatan berat badan,” ujar Pakar Diet Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur, Nor Lizawati Che ‘ Lah.
Untuk bersahur, disarankan mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan termasuklah makanan yang mengandungi fiber .
Ini kerana makanan ini dapat bertahan selama lebih kurang lapan jam dan ini dapat mengurangkan rasa lapar selepas bersahur sehingga waktu berbuka.
“Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks). Makanan yang mengandungi serat (juga dapat bertahan agak lama) adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.
Makanan yang cepat dihadam dapat bertahan 4 jam sahaja. Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas).
Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin,” tambahnya.
Menurut Nor Lizawati, pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.
Justeru itu, kurangkan mengambil makanan yang tinggi kandungan garam atau masin kerana ini boleh mengakibatkan rasa dahaga pada siang hari.
Misalnya untuk berbuka, orang ramai dinasihatkan untuk mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala.
“Puasa boleh melatih individu lebih berdisiplin pada makanan. Untuk mereka yang cuba mengurangkan berat badan, jangan abaikan keperluan nutrien oleh badan kerana ini boleh menyumbang kepada risiko untuk mendapat masalah kesihatan dan badan akan cepat lesu. Ini akan memberikan kesan kepada aktiviti seharian. Jangan terlalu obses untuk menurunkan berat badan tetapi kesihatan diabaikan. Amalkan diet yang seimbang,” nasihatnya.
Monday, June 20, 2011
Nyawa terancam angkara anai-anai
Pembasmian awal atasi ancaman
Anai-anai dan Ancamannya
Serangan anai-anai boleh dicegah sekiranya langkah pembasmian dibuat awal yang menjamin seluruh koloni termasuk sarang dimusnahkan, namun keperluan terhadap perkara itu dianggap enteng oleh kebanyakan pemilik bangunan sehinggalah kerosakan mula dikesan.
Friday, June 17, 2011
Kanser kolorektal boleh dirawat
Kanser kolorektal boleh dirawat
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED
PAKAR kesihatan memang tidak menafikan bahawa kebanyakan penyakit manusia berpunca dari perut. Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi punca utama kenapa seseorang boleh diserang penyakit.
Sakit perut biasa memang tidak tidak sama dengan kesakitan yang dialami individu apabila ada ketidakstabilan pada bahagian berkenaan.
Ketidakstabilan tersebut mungkin tanda-tanda kehadiran penyakit yang lebih serius termasuk kanser kolorektal iaitu membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke rektum.
Pakar Bedah Am Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata memang sukar untuk mengenal pasti simptom penyakit kanser kolorektal kerana ia perlu diteliti dari pelbagai aspek.
"Simptom awal bermula dengan gastrik, banyak angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit. Sembelit yang dimaksudkan di sini ialah keadaan di mana seseorang itu tidak membuang air besar dalam masa hingga sebulan.
"Kebanyakan kes kanser kolorektal ini menyerang mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Bagaimanapun ada juga yang terkena pada usia yang lebih muda," kata Dr. Jonah ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.
Tambahnya, kepayahan membuang air besar itu biasanya disertai titisan darah dengan kadar yang agak banyak.
Sakit perut merupakan peringkat terakhir kesakitan yang berlaku apabila wujud komplikasi seperti kebocoran.
"Ketika peringkat ini rawatan segera amat diperlukan," katanya.
Menurut Dr. Jonah, ketidakseragaman tabiat membuang air besar juga adalah salah satu simptom kanser kolorektal.
Selain itu, seperti kebanyakan kanser lain simptom berat badan menyusut juga perlu diawasi.
Diagnosis awal
selamatkan nyawa
"Jangan risau dengan ujian kerana itulah saja cara untuk kita mengesan penyakit dan melakukan rawatan sebaiknya," ujar Dr. Jonah.
Kecanggihan penciptaan teknologi perubatan menghasilkan satu alat berbentuk sudu kecil untuk mengesan ketumbuhan di bahagian dubur dan rektum.
"Pada peringkat awal kanser, pemeriksaan boleh dilakukan dengan hanya memasukkan jari sahaja. Daripada kemasukan jari tersebut doktor akan dapat mengesan sama ada terdapat ketumbuhan di bahagian tersebut.
"Kemudian pesakit disarankan datang semula untuk ujian kolonoskopi di mana sedikit tisu diambil dan dihantar untuk ujian di makmal.
"Jika ketumbuhannya kecil sahaja ia boleh terus dibuang dengan scoop dan tidak perlu dibedah," jelasnya.
Menurut Dr. Jonah lagi, semua jenis kanser di bahagian usus besar bermula dengan polip dan boleh dikatakan sebanyak 60 peratus polip berpeluang menjadi kanser.
"Hanya apabila ujian makmal memberitahu bahawa polip tersebut mengandungi sel kanser, barulah pembedahan dibuat, jika tidak pembedahan mungkin tidak perlu.
"Lebih baik jika individu yang berpotensi menjalani ujian najis. Ujian ini sangat penting bagi mengesan sama ada wujud pendarahan dalam najis akibat pendarahan dalam usus besar.
"Jika hospital yang merawat tidak menyediakan perkhidmatan tersebut, anda boleh membuat permintaan untuk dirujuk ke hospital lain," ujarnya.
Siapa yang berpotensi hidapi kanser kolorektal?
Biasanya ia berpunca daripada keturunan atau genatik dan jika mengikut etnik pula, orang Jawa ramai yang mengalaminya.
"Mereka yang tidak makan makanan yang kaya dengan serat juga berpotensi menghidap kanser kolorektal," katanya.
Dr. Jonah menasihati agar mengamalkan cara hidup yang sihat, makan sayuran lebih, berserat tinggi, banyakkan minum air masak, elakkan alkohol, rokok dan makanan yang pedas.
Usah lengah rawat strok
SEGERA ke hospital jika merasakan diri mula menunjukkan tanda-tanda awal serangan angin ahmar atau strok.
Jangan ada istilah tunggu sebentar apabila dikesan amaran awal itu kerana sikap melengah-lengahkan sebenarnya akan membawa kesan lebih buruk.
Perkara ini mungkin pernah berlaku kepada orang tua yang biasanya mahu menunggu anak pulang dahulu dari tempat kerja sebelum membawa mereka menjalani pemeriksaan selanjutnya di hospital.
''Rawatan segera adalah langkah terbaik bagi menyelamatkan seseorang itu dari menjadi mangsa serangan angin ahmar,'' kata Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican.
Sehubungan itu, sesiapa sahaja perlu peka dengan tanda-tanda serangan angin ahmar yang kini menjadi pembunuh nombor empat di Malaysia.
Dr. Julia memberitahu, setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang penyakit itu.
Katanya, antara tanda-tandanya ialah apabila merasa diri lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan di sebelah bahagian badan.
''Selain itu penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua-dua mata,'' katanya ketika menyampaikan ceramah di Forum Angin Ahmar anjuran Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan Malaysia (NASAM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tanda-tanda awal lain termasuk mengalami kesukaran untuk bertutur dan perkataan yang disebut jadi tidak jelas.
''Jika anda tiba-tiba menghadapi kecelaruan mental atau sawan epilepsi, semut-semut di bahagian dagu, clumsiness, hilang deria, pening kepala, hilang imbangan badan dan sakit kepala yang teruk tanpa sebab maka segera jalani rawatan,'' katanya.
Dr. Julia berkata, satu tanda yang jelas angin ahmar akan berlaku adalah apabila berlakunya Serangan Iskemia Sementara (TIA) atau mini angin ahmar iaitu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.
''Sekalipun gejala ini lazimnya hilang sepantas ia datang di mana pesakit akan pulih tetapi rawatan perubatan perlu kerana jika dibiarkan akan menyebabkan kerosakan otak lebih teruk,'' katanya.
Dr. Julia berkata, sekalipun risiko serangan ahmar lebih tinggi ke atas golongan tua tetapi orang muda tidak boleh memandang remeh kerana dia pernah merawat pesakit yang berusia 24 tahun.
Jelas Dr. Julia, serangan angin ahmar sehingga kini telah mula menyerang mereka yang berusia sekitar umur 30-an, 40-an dan 50-an.
Sehubungan itu, katanya, setiap orang perlu berwaspada dengan tekanan darah masing-masing khususnya kepada penghidap hipertensi.
''Tekanan darah tinggi sebenarnya yang menjadi punca utama serangan angin ahmar selain mereka yang menghidap penyakit jantung dan diabetes,'' katanya.
Sementara itu, Pakar Pertuturan dan Pantologi Bahasa dari Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran Malaysia (MASH), Cecilia Santiago berkata, 30 peratus daripada pesakit yang diserang angin akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi.
Katanya, ini kerana serangan angin ahmar biasanya berlaku di bahagian sebelah kiri otak yang boleh menjejaskan keupayaan bertutur dan keupayaan dalam bahasa.
Sehubungan itu, katanya, terapi pertuturan amat penting dalam usaha memulihkan keupayaan mangsa angin ahmar supaya boleh berkomunikasi dengan betul.
''Disebabkan pesakit angin ahmar sukar bertutur dan mengeluarkan suara atau bunyi yang difahami oleh orang lain maka keluarga perlu berusaha untuk membantu mereka,'' katanya.
Katanya, pesakit boleh dibantu untuk menulis, menggunakan bahasa isyarat, melukis supaya dapat berkomunikasi semula.
Bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilakukan memandangkan pesakit biasanya akan menghadapi masalah untuk memahami atau memilih perkataan, angka atau isyarat dengan betul.
Selain itu, katanya, pesakit juga biasanya mengalami kesukaran untuk mengawal lidah dan menelan.
''Otot-otot pada lidah dan tekak adalah otot-otot yang sama digunakan untuk menghasilkan bunyi atau suara.
Sehubungan itu, kata Cecilia, terapi yang membantu kepada pertuturan juga akan membantu proses untuk menelan makanan kepada pesakit.
Tambahnya, ahli keluarga tidak perlu bercakap dengan nada yang kuat dengan pesakit sebaliknya gunakan perkataan yang senang dan mudah supaya dapat difahami dengan jelas oleh mereka.
Khasiat organik Epal
Penyakit tersebut salah satunya disebabkan lemak berlebihan yang tidak terbuang sehingga menyaluti bahagian yang penting dalam badan. Baik lelaki atau wanita, salah satu bahagian badan yang menjadi perhatian adalah perut. Perut yang tidak 'dijaga' bukan sahaja memberi kesan besar terhadap penampilan bahkan menggambarkan tahap kesihatan seseorang.
Gabungan organik epal menerusi fiber kolagen dan stem sel dikatakan membantu pembuangan lemak berlebihan tanpa cirit birit.
Epal dianggap raja buah-buahan yang boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi. Fiber dalam epal pectin tinggi. Ia boleh bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan, mengawal paras glukos darah, menghalang naik turun glukos secara tiba-tiba, mengekalkan tekanan darah yang normal, mengelak sembelit, membuang toksin dari kolon dan menyelesaikan ketidakselesaan reumatik dengan meneutral asid kristal.
D'Apple Fiber mengandungi organik epal fiber dan kolagen yang tinggi membantu mengawal perut buncit, sembelit dan obesiti. Selain pengambilan makanan tambahan, organik epal fiber merupakan keperluan harian dalam pemakanan kita.
Setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram fiber sehari untuk membantu detoksifikasi dalam badan.
Serat larut ini juga membantu mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolestrol dalam badan.
Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan setiap hari sebelum lemak diserap ke dalam badan.
Fiber epal juga bertindak membuang toksin daripada dalam kolon dan mengawal fungsi usus serta dapat mengelakkan daripada sembelit.
Produk ini berbeza daripada produk lawas yang lain kerana ia tidak menyebabkan pengguna berasa sakit perut seperti memulas dan cirit-birit.
Dalam pada itu, fungsi kolagen dalam D'Apple Fiber mengelakkan kulit berkedut dan menjaga kehalusan kulit.
Ini kerana kolagen mempertahankan elastisi kulit, memperbaiki sendi, tulang dan kulit menjadi licin.
Kajian menunjukkan stem sel epal pula meningkatkan pertumbuhan sel badan, melindungi sel daripada tekanan dan mengurangkan kulit berkedut.
Thursday, May 12, 2011
DENGUE
- Dengue is a harmful infectious disease caused by the dengue virus
- The disease spraeds through the bite of the Aedes mosquito
- No specific medication is avaiable at present to treat the disease. Therefore, prevention is very important
SIGNS AND SYMPTOMS
- Sudden onset of high incessant fever.
- Red spots on the skin.
- Severe pain in the bones, muscles, joints, eyeball and head.
- Haemorrhage in the body, nose and mouth.
- Loss of appetite.
- Vomitting.
- Stomach pain
If you have the above symptoms, seek immediate treament. "NO AEDES, NO DENGUE"
- Cover all water storage containers and add larvicide such as TEMEPHOS into the water to kill the larvae.
- Change the water in flower vases every week. Dispose water from base plates of flower pots and clean them once a week.
- Inspect rain gutters and ensure no blockage or water collection.
- Collect all containers that can hold water, such as can and bottles and dispose off at dessingnated places.
- Spraying of aerosol to kill or repel the adult Aedes mosquitoes.
-
Amalkan 7 langkah membasuh tangan yang betul
- Basuh tangan dengan sabun secukupnya.
- Gosok tapak tangan.
- Gosok setiap jari dan celah jari.
- Gosok kuku di tapak tangan.
- Gosok belakang tangan.
- Basuh dengan air bersih secukupnya.
- Keringkan tangan dengan kain bersih.
Basuhlah tangan dengan sabun:
- Selepas ke tandas
- Sebelum makan
- Sebelum menyediakan makanan
Monday, May 9, 2011
PEST CONTROL
Jaga pemakanan warga emas
STATUS pemakanan warga emas sangat dipengaruhi oleh perubahan-perubahan yang berlaku apabila usia semakin meningkat.
Akibat pengurangan deria rasa dan bau, keupayaan menghadam dan menyerap makanan, melihat dan mendengar, kehilangan gigi, ketahanan melakukan aktiviti fizikal, kurangnya pepejal otot, jumlah air dalam badan, kepadatan tulang dan kemurungan serta kekeliruan menyebabkan warga emas ini perlu diberi perhatian khususnya dalam hidangan makanan.
Justeru sebenarnya, apakah makanan yang baik untuk warga emas?
Ia merupakan semua makanan yang mewakili kumpulan makanan seperti yang digariskan dalam Piramid Makanan, iaitu makan sedikit makanan yang mengandungi lemak, minyak, gula dan garam. Makan sederhana susu dan produk tenusu, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan makan secukupnya nasi, mi, oat, bijirin dan ubi.
Makanan yang kaya dengan kalsium terutamanya susu dan produk tenusu serta makanan lain yang kaya dengan kalsium seperti tauhu, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kailan, ikan bilis dan ikan sardin yang dimakan bersama-sama tulangnya baik untuk pemakanan warga emas.
Begitu juga makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging lembu dan kambing, hati ayam dan sayur-sayuran seperti pucuk paku dan sawi, makanan yang kaya dengan zink seperti ikan dan makanan laut lain, hati dan daging, bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti sarapan pagi yang tidak ditambah gula, roti atau biskut mil penuh, capati dan semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, air sama ada air kosong atau jus buah-buahan.
Panduan menyediakan hidangan
Hidangkan makanan dalam hidangan yang kecil dan sesuai dengan cita rasa setempat yang mempunyai kepelbagaian dari segi jenis, rasa, warna, bentuk, tekstur dan bau.
Gunakan pelbagai perencah asli seperti halia, lengkuas, bawang, daun bawang, daun sup, herba dan rempah asli seperti ketumbar, jintan dan halba untuk membangkitkan rasa makanan.
Pilih makanan yang kaya dengan nutrien sebagai asas menu, contohnya mi sup yang disediakan dengan sup daging adalah pilihan yang lebih baik jika dibandingkan dengan mi segera.
Cara menggalakkan warga emas makan
Galakkan mereka makan bersama kawan-kawan, juga berjalan-jalan sebelum makan untuk merangsang selera makan.
Bagi warga emas yang mengalami masalah mengunyah makanan sendiri, sediakan peralatan makan yang dapat membantu mereka berlatih menyuap makanan dengan sendiri jika perlu, bantu mereka menyuap makanan itu.
Sediakan ruang makan yang bersih, selesa dan ceria serta minta pendapat tentang makanan yang disediakan dan cuba perbaiki makanan daripada maklum balas yang diterima daripada mereka.
Makanan lembut perlu disediakan bagi warga emas yang tidak bergigi, memakai gigi palsu yang tidak sesuai atau yang mengalami masalah pernafasan seperti lelah dan mengah.
Ia boleh dilakukan dengan memotong kecil atau cincang makanan sebelum dimasak, pilih sumber protein lembut seperti telur, tauhu, tempe, keju, kacang panjang, dadih atau ikan yang berlemak. Gunakan daging cincang, bebola ayam, ikan, udang atau sotong, pilih sayur yang berdaun hijau untuk penghadaman.
Bagi warga emas yang mengalami masalah berat badan, faktor ini akan meningkatkan faktor risiko kepada penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Warga emas yang berlebihan berat badan perlu menurunkan berat badan mereka. Untuk ini kurangkan penyediaan makanan bergoreng atau yang tinggi kandungan lemak, kurangkan penggunaan semua jenis minyak dan lemak, gula dan kurangkan saiz hidangan bagi setiap waktu makan.
Pilihlah buah-buahan sebagai snek bagi menggantikan kuih-muih. Untuk memudahkan penyediaan makanan warga emas yang menghidap diabetes, makanan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu makanan yang bebas dimakan, yang perlu disukat dan yang perlu dielakkan.
Warga emas memang tidak akan lari dari keadaan osteoporosis, justeru perbaiki keadaan ini di kalangan warga emas daripada menjadi lebih buruk dengan menyediakan makanan yang lebih tinggi kandungan kalsium.
Pastikan warga emas terdedah kepada matahari untuk memperoleh vitamin D yang dapat membantu penyerapan kalsium dan galakkan mereka bersenam untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan juga mengekalkan peningkatan jisim tulang mereka.
Anemia di kalangan warga emas berlaku disebabkan kurangnya pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik atau vitamin B. Anemia juga boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan penyakit-penyakit kronik dan keadaan yang menganggu penyerapan zat besi oleh badan.
Sembelit pula merupakan masalah yang sering dialami oleh warga emas disebabkan kurangnya pengambilan air dan makanan yang kaya serat.
Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kurangnya aktiviti fizikal. Bagi mengatasi masalah sembelit di kalangan warga emas, golongan ini perlu mengamalkan minum air yang banyak, iaitu 6 hingga 8 gelas sehari walaupun mereka tidak merasa dahaga. Berilah mereka air kosong dan jus buah-buahan.
Apabila mereka makan, lebihkan kepada makanan yang mengandungi banyak air seperti sup, bubur dan puding juga makan makanan yang kaya dengan air dan serat seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.
Melakukan aktiviti fizikal seperti berkebun dan berjalan juga dapat mengatasi masalah sembelit kerana fizikal mereka menjadi aktif.
Wednesday, May 4, 2011
Hummingbird
Tuesday, May 3, 2011
Katak
----------------------------------------------------------------------------
25,000
Biji telur mampu dikeluarkan oleh sekor katak betina pada satu satu masa. Semua telur tersebut bercantum antara satu sama lain serta terapung di permukaan air.
Katak katak akan menjaga anak anaknya sehingga mencapai usia
2 tahun
Penyelidik : Mohd Nizam Hamzah
Monday, May 2, 2011
Victoza rawt diabetes
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar JEFRRI IRAN
Daripada jumlah tersebut, di Malaysia sahaja seramai 1.8 juta telah dikenal pasti menghidap penyakit tersebut dan ia merupakan satu peningkatan yang tinggi berbanding 1.4 juta pada tahun 2006.
Pada tahun 2010 juga, sejumlah 23,800 kematian adalah disebabkan diabetes.
Menurut Pakar Endokrinologi Senior, Hospital Universiti Sains Malaysia, Professor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed, melihat akan senario tersebut, pakar kesihatan bersetuju bahawa Malaysia akan terus mengalami peningkatan dalam jumlah pesakit diabetes di masa akan datang.
Katanya lagi, jumlah kes diabetes di Malaysia dianggarkan mencecah 2.5 juta menjelang tahun 2030.
''Diabetes terbahagi kepada dua iaitu jenis 1 dan 2. Kebanyakan pesakit di negara ini menghidap diabetes jenis 2 di mana pankreas mengeluarkan kuantiti insulin yang tidak mencukupi dan secara tidak langsung ia akan mengalami kesan berkurangan ke atas otot dan sel hati.
''Dalam hal ini, pesakit selalunya mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Ini adalah punca kebanyakan kematian pesakit yang menghidap diabetes jenis 2.
''Bagi diabetis jenis 1 pula, badan pesakit langsung tidak mengeluarkan insulin,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah beliau, untuk itu setiap pesakit diabetes perlu dirawat dan tujuannya adalah untuk mengurangkan tahap glukosa darah ke tahap sasaran kerana penyakit ini menyebabkan tahap gula darah meningkat.
Dalam kes ini, lebih 60 peratus pesakit diabetes jenis 2 tidak mencapai kawalan glukosa darah yang baik dengan rawatan sedia ada.
Untuk itu, baru-baru ini, Novo Nordisk telah melancarkan Victoza, sejenis ubat yang dihasilkan untuk rawatan diabetes jenis 2 di Malaysia.
Mengulas lanjut mengenai penemuan tersebut, Profesor Perubatan Monash Universiti, Prof. Datuk Dr. Khalis Abdul Kadir berkata, dengan Victoza, pesakit diabetes jenis 2 yakin bahawa mereka dapat mengawal tahap glukosa darah di samping mendapat manfaat penurunan berat badan.
Ujar beliau lagi, kes tersebut (penurunan berat badan) adalah pencapaian penting bagi pesakit diabetes jenis 2 yang ramai di antaranya menghadapi masalah berat badan.
''Sebahagian besar kes diabetes di Malaysia adalah diabetes jenis 2 yang boleh dikaitkan dengan peningkatan bilangan mereka yang menghadapi masalah berat badan berlebihan atau obes.
''Tetapi dengan Victoza, ia mampu membantu pesakit menurunkan berat badan dan ini adalah satu faktor penting dalam rawatan diabetes jenis 2 .
''Dengan Victoza, pesakit hanya perlu menyuntik sekali sehari sahaja dan tidak bergantung kepada waktu makan. Ini bermakna suntikan boleh diambil pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas makan,'' katanya.
Victoza merupakan sejenis ubat yang mampu membantu pesakit diabetes jenis 2 mengembalikan tahap glukosa darah kepada normal.
Ia bertindak balas dengan tubuh untuk mengawal tahap glukosa darah dengan merangsang pengeluaran insulin hanya ketika ia menjadi terlalu tinggi.
Penghasilan Victoza juga adalah untuk mengenal pasti kaedah terbaik untuk membantu pesakit diabetes jenis 2 mengawal tahap glukosa darah di samping mengurangkan risiko tahap glukosa darah terlalu rendah (hipoglisemia).
Sebelum Victoza diperkenalkan kepada umum, kajian yang dilakukan membuktikan dua faedah tambahan Victoza adalah penurunan tekanan darah sistolik dan pemulihan fungsi sel beta.
Kelebihan ini telah dibuktikan melalui fasa 3 ujian Liraglutide Effect and Action in Diabetes (LEAD) yang melibatkan 4,000 pesakit diabetes jenis 2 menerima rawatan Victoza di 40 buah negara termasuk Malaysia.
Thursday, April 28, 2011
Taman Nyamuk
Oleh Aniza Zainudin
anizazainudin@hmetro.com.my
SAPU...Reavathi membersihkan nyamuk di siling kedainya.
BATU CAVES: “Seawal jam 6.30 petang, kami memakai penutup mulut disebabkan kehadiran nyamuk yang luar biasa banyaknya berterbangan memasuki kedai dan rumah,” kata peniaga kedai runcit, G Reavathi, 28.
Reavathi yang membantu ibunya menguruskan kedai runcit di Desa Temenggung, Pinggiran Batu Caves, di sini, berkata masalah nyamuk berwarna keperangan itu menghantui pemilik rumah kedai tiga tingkat dan apartmen berdekatan sejak setahun lalu.
Menurutnya, penduduk memakai penutup mulut bagi mengelakkan serangga berkenaan memasuki mulut, selain hidung dan telinga.
BANYAK...nyamuk di siling rumah penduduk.
Katanya, kedudukan dua blok rumah kedai yang terletak kira-kira 50 meter dari loji kumbahan menjadi faktor utama masalah nyamuk di kawasan kejiranan berkenaan.
“Serangga berkenaan mula ‘menyerang’ pada waktu senja hingga awal pagi. Keadaan berbeza pada siang hari kerana mungkin disebabkan cuaca panas, nyamuk itu melekat di dinding, siling rumah dan kereta.
“Masalah menjadi lebih teruk ketika angin kencang kerana serangga itu akan memenuhi ruang kedai sehingga pelanggan lari kerana khuatir terkena gigitan nyamuk,” katanya.
Reavathi berkata, dia terpaksa membersihkan kedainya hampir setiap hari gara-gara nyamuk berkenaan. Tetapi, keadaan itu tidak bertahan lama apabila serangga itu mulai berkumpul di siling kedai dalam tempoh beberapa jam saja.
Sementara itu, suri rumah yang juga penduduk di situ, Khatijah Saad, 49, berkata sejak menetap di kejiranan berkenaan 13 tahun lalu, masalah nyamuk tidak serius, namun semakin menjadi-jadi sejak tahun lalu dan serentak dengan itu kes denggi turut dilaporkan.
Ibu empat anak itu berkata dia mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menutup tingkap rumah seawal jam 5 petang, selain tidak membenarkan anak bongsu berusia sembilan tahun keluar rumah selepas jam 6 petang.
Menurutnya, akibat peningkatan kes denggi di Desa Temenggung, Pejabat Kesihatan Gombak membuat semburan asap, namun masalah nyamuk masih tidak selesai.
Selain kewujudan loji kumbahan, Khatijah berpendapat sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata tempat menjadi faktor penyumbang kepada masalah berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhubungan Awam dan Perancangan Korporat, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohamad Zin Masaod, berkata pihak majlis akan melakukan pemeriksaan jentik-jentik dan jika didapati wujudnya tempat pembiakan, aktiviti pencegahan akan dilaksanakan.
-
Tuesday, April 26, 2011
Tua tidak semestinya sakit
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN
Ramai yang cukup sensitif dengan usia tua terutama golongan wanita yang sesetengahnya hingga sanggup untuk tidak mendedahkan usia ketika sambutan ulang tahun kelahiran mereka.
Persoalannya, mengapa isu tua adalah isu yang enggan dibicarakan secara terbuka?
Tidak lain tidak bukan kerana ia bersangkut-paut dengan tahap kesihatan.
Penyakit membatasi kehidupan yang harmoni. Namun sejauh manakah rakyat Malaysia berasa tenang tentang kesihatan diri masing-masing?
Laporan Kesihatan dan Kesejahteraan Malaysia 2010 oleh Philips menemui jawapannya, yang secara kesimpulan menunjukkan bahawa rakyat di negara ini berpuas hati dengan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka.
Memang tidak disangka kerana skor kesihatan yang dicatat mencapai sehingga 71 peratus, yang merupakan tertinggi di kalangan negara-negara Asia Pasifik, bagaimanapun perasaan seronok dan yakin dengan kesihatan mereka ini merosot terus apabila mencecah usia 65 tahun dan ke atas.
Memegang status sebagai warga emas sekali gus menjadikan mereka tidak lagi yakin untuk beroleh kesihatan yang baik.
Dua perkataan, gemuk dan penuaan menjadi igauan golongan warga emas dan sudah tentu banyak lagi penyakit yang boleh terjadi daripada dua gejala ini.
Dalam kajian tersebut, golongan yang berusia 65 tahun dan ke atas menganggap bahawa tahap penglihatan mereka makin merosot, tahap kolesterol makin tinggi, sakit sendi, kencing manis dan kurang pendengaran antara penyakit yang akan mengancam kesihatan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kegagalan mengambil langkah pencegahan menyebabkan kelewatan diagnosis dan rawatan. Ia seterusnya meningkatkan kos penjagaan kesihatan bagi individu terbabit.
Bilangan warga tua di Malaysia, mengikut laporan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia Pasifik (Escap) telah meningkat dua kali ganda kepada hampir 1.4 juta orang, turut memburukkan lagi keadaan.
"Indeks Philips merupakan barometer sosial yang membantu kami memahami dengan lebih mendalam lagi akan perasaan orang ramai terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka," ujar Lee Weng Siong, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Philips Malaysia.
Katanya, pengetahuan ini membolehkan Philips memahami tanggapan dan tingkah laku pengguna berkaitan kesihatan dan juga langkah yang boleh diambil bagi membendung, merawat atau mengatasinya.
Membimbangkan
Dalam kajian tersebut juga mendapati, meskipun permasalahan kesihatan yang berkaitan dengan berat badan dianggap sebagai satu ancaman, hanya satu daripada tiga rakyat Malaysia menganggap mereka mempunyai berat badan berlebihan.
Lebih dahsyat golongan ini tidak mempedulikan keadaan tersebut walau usia mereka makin meningkat.
Menurut laporan tersebut, tiga perempat daripada rakyat Malaysia yang berusia 55 tahun ke atas langsung tidak pernah mencuba untuk mengurangkan berat badan mereka.
Ia menunjukkan perbezaan jurang di antara tanggapan dan kenyataan yang sebenar, di mana data menunjukkan bahawa kegemukan merupakan permasalahan yang semakin membimbangkan di Malaysia.
Hasil laporan juga mendapati 29 peratus warga Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 14 peratus mengalami obesiti.
Belon untuk kuruskan badan?
Oleh Nurulhuda Che Das
HAMPIR lima tahun, Azhar Jamal, 35, telah mencuba pelbagai kaedah untuk menurunkan berat badan, namun usahanya masih menemui jalan buntu.
Beliau berdiet dan mengambil pil untuk mengurangkan berat badannya yang mencecah 135 kigogram(kg), tetapi masih tidak berubah sehingga menyebabkan beliau sering rasa letih dan tidak bermaya ketika melakukan kerja harian.
Azhar mula mengalami masalah berat badan selepas tidak lagi aktif bersukan kira-kira lima tahun lepas dan ditambah pula dengan amalan pemakanan yang tidak sihat sepanjang tempoh berkenaan.
"Ketika saya melakukan pemeriksaan kesihatan, kolestrol dan tekanan darah saya tinggi. Doktor nasihatkan saya supaya turunkan berat badan bagi mengelak menghidapi penyakit lain yang lebih teruk.
DR. RYAN Ponnudurai menunjukkan peralatan yang digunakan bagi merawat Azhar Jamal
"Sejak itu macam-macam cara saya cuba untuk kuruskan badan seperti diet, minum jus, makan pil namun berat badan saya tetap sama," kata anak kelahiran Kuala Lumpur itu.
Sehinggalah pada awal tahun lepas dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar diet di Pusat Perubatan Prince Court yang mengesyorkan jadual pemakanan dan diet seimbang dalam usaha untuk menguruskan berat badannya.
Pakar berkenaan juga telah mengesyorkan prosedur yang dinamai endoscopic placement of gastric balloon dan akhirnya kini beliau berjaya memperoleh berat badan yang ideal iaitu 93 kg hanya dalam masa enam bulan.
"Melalui prosedur ini saya tidak perlu 'mengorbankan' makanan kegemaran saya iaitu nasi kandar dan tetap makan lima kali sehari, saya hanya perlu kurangkan saiz makanan itu dan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
"Belon yang diletakkan sementara dalam perut itu membuatkan kita cepat kenyang bila makan dan selepas enam bulan belon itu akan dikeluarkan, namun kita perlu meneruskan amalan pemakanan yang baik serta bersenam bagi mengekalkan berat badan ideal.
"Kawan-kawan juga terkejut dengan perubahan berat badan saya sehingga ada yang tak kenal saya lagi, masalah selalu penat dan tak bertenaga juga sudah hilang. Saiz baju yang saya pakai dulu XXXL juga dah bertukar jadi XL," katanya.
Prosedur sementara
Sementara itu Perunding Pakar Gastroenterologi Prince Court Medical Centre, Datuk Dr. Ryan Ponnudurai berkata, belon gastrik yang diletak menggunakan endoskop adalah direka bagi membantu mengurangkan berat badan seseorang secara ideal iaitu purata 20 kg atau lebih.
Untuk layak menjalani prosedur berkenaan yang tidak memerlukan pembedahan itu katanya, seseorang itu perlu mendapat motivasi dan bersedia untuk menjalani secara serius program yang diselia secara perubatan untuk diet dan senaman.
"Prosedur itu hanya dilakukan ke atas pesakit yang memenuhi beberapa kriteria. Pertama, pesakit hendaklah tidak begitu obes, tetapi hanya mempunyai berat badan yang lebih. Mereka mungkin baru sahaja naik berat badan atas beberapa sebab dan mahu kembali ke berat badan asal masing-masing," katanya.
Dr. Ponnudurai berkata, belon itu akan dimasukkan ke dalam perut untuk tempoh sementara selama enam bulan bagi menimbulkan rasa cepat kenyang dan sentiasa kenyang selepas makan.
"Mereka yang (pesakit) datang, perlu berpuasa semalaman sebelum kami memasukkan alat skop, letakkan belon di kedudukannya dan ia selesai. Dalam belon yang kecil itu, kami masukkan 500 cc air garam dan biarkannya dalam perut.
"Kami letakkan pesakit di pusat itu untuk satu malam. Sebenarnya mereka sudah boleh balik pada hari yang sama tetapi kami mencadangkan agar mereka bermalam sahaja di pusat itu.
"Kami masukkan belon itu dalam perut agar anda tidak boleh makan dengan banyak. Itulah tujuannya. Anda akan sentiasa kenyang dan tiada rasa nak makan," katanya.
Dr. Ponnudurai berkata, jumlah berat yang patut dikurangkan dan dikekalkan oleh pesakit adalah bergantung kepada bagaimana mereka mengikut arahan diet, senaman dan perubahan cara hidup dalam jangka panjang.
"Sebelum prosedur itu bermula, pesakit akan dinilai sepenuhnya oleh pakar psikologi dan diet untuk menentukan prosedur yang sesuai dijalankan ke atas pesakit dan faedah yang akan diperoleh oleh pesakit", katanya.
Dr. Ponnudurai berkata, pesakit akan mengalami ketidak selesaan untuk beberapa hari sementara perut dapat menyesuaikan diri dengan belon. Kemungkinan mereka akan mengalami rasa pening dan muntah selepas prosedur itu.
"Namun ia akan hilang mengikut masa. Mereka perlu mengambil makanan berbentuk cecair untuk dua hari. Setelah mereka dapat menyesuaikan diri dengan belon itu, mereka boleh meningkatkan diet," katanya.
Dr Ponnudurai berkata, kos untuk keseluruhan prosedur itu tidak lebih RM15,000.
"Seramai 15 pesakit telah menjalani prosedur itu sejak kami memulakannya kira-kira dua tahun lepas. Hasilnya memuaskan setakat ini: kesemua pesakit dapat mengurangkan purata 20 kg," katanya. - BERNAMA
-