Antara tajuk berita dalam Akhbar Utusan Malaysia hari ini :
1. Kes Denggi Menurun, kematian naik.
2. H1N1 : Tiga lagi kluster ILI dilaporkan.
3. Kerajaan akan perkenalkan vaksin cegah denggi pertama di dunia.
Daripada laporan dan perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam artikel di atas dan dalam laporan oleh DBKL dalam akhbar ini semalam (27 April 2010) amat jelas sekali bahawa Demam Denggi sebenarnya lebih berbahaya berbanding penyakit selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga memberikan kenyataan sama semasa melancarkan Kempen Anti Denggi - 1Malaysia Bersama Kita Menghapuskan Denggi di Kuala Lumpur hari ini.
Persoalannya sekarang ialah sejauh manakah peranan penguasa tempatan dan juga kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pencegahan Denggi memberikan komitmen dan mutu kerja yang diberikan untuk tugasan ini?
Pada asasnya semua penguasa tempatan antaranya seperti MPAJ, DBKL, MPSJ hanya akan melantik kontraktor yang sanggup memberikan harga terendah untuk menjalankan pelbagai kerja pencegahan seperti semburan pengasapan dan ULV (Ultra Low Volume). Apabila harga terendah menjadi taruhan, maka kualiti kerja terendah jugalah yang akan menjadi imbalan...
Hasilnya langkah pencegahan tidak akan dapat dilaksanakan. Tidak ramai kontraktor yang sanggup untuk melakukan kerja dengan imbalan setakat cukup makan sahaja. Semua perniagaan berasaskan keuntungan. Peruntukan yang tinggi menggunung pun kalau sistem kerja dan penggunaan racun serangga tidak menepati sukatan...tidak akan menghasilkan sebarang keputusan yang membanggakan.
Boleh dikatakan semua harga yang diberikan kepada kontraktor adalah berasaskan kepada harga lebih dari 10 tahun yang lalu. Harga yang ditetapkan seperti tidak mengambil kira kenaikan harga minyak, racun dan juga upah. Malahan ada penguasa tempatan yang bertindak menurunkan harga dan menghadkan jumlah kerja bulanan kepada jumlah yang tertentu sahaja kepada setiap kontraktor yang terbabit.
Kementerian Kesihatan pula terus tidak pernah jemu untuk membuat penyelidikan dan akan memperkenalkan vaksin pencegahan terbaru untuk Denggi. Walau pun telah terhasil vaksin baru, tetapi sekiranya wabak masih belum dapat dikawal, kes-kes baru masih muncul setiap hari ......masalah ini masih belum dapat diatasi.
Marilah kita renungkan bersama...
No comments:
Post a Comment