Tuesday, April 27, 2010

Awas.. Awas.. Awas!!! Kuala Lumpur diserang lagi



DENGGI: WARGA KUALA LUMPUR PERLU WASPADA


Kuala Lumpur 26 April- Sebanyak 1,639 kes denggi telah dilaporkan di Kuala Lumpur sehingga 17 April lalu berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,434 kes.


Pengarah Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Sallehuddin Abu Bakar berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 14 peratus, sekali gus memberi amaran kepada penduduk Kuala Lumpur agar mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasi masalah tersebut.


"Zon Pusat Bandar Khususnya di Flat Sri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 77 dengan tempoh wabak selama 80 hari," katanya semasa merasmikan majlis penutup program Perubahan Komunikasi Tingkah Laku (Combi) di kawasan rumah pangsa Kelompok Penguin dan Nuri di Keramat Wangsa, di sini semalam.


Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Ummie Kalsom Samsuddin dan ketua penduduk Program Combi, Nurazhar Jamaluddin.


Menurut Dr. Sallehuddin, dua zon baru telah dikenal pasti sebagai kawasan pembiakan nyamuk aedes iaitu di Flat Sri Johor A (Blok 1-35) untuk zon pusat Cheras manakala Pangsapuri Sri Baru bagi zon Kepong.


"Minggu 15 juga mencatatkan peningkatan sebanyak tiga kes berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada 106 kes kepada 109 kes," jelasnya.


Justeru beliau menyarankan, pencegahan awal merupakan penyelesaian terbaik bagi menggawal penularan penyakit denggi berbanding merawat.


"Slogan hanya tinggal slogan jika kita sendiri yang tidak bertindak membersihkan kawasan pembiakan jentik-jentik. Amalan Tegur Menegur itu penting dalam hidup berjiran katanya. UTUSAN MALAYSIA







No comments:

Post a Comment